Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 9 July 2012

Temujanji Kedua

Kali ini temujanji dengan doktor pula... ini adalah dikira rawatan susulun, jadi kena bayar RM20 masa daftar/register.

HUKM - BTS
Sebaik sampai di tempat rawatan, Daneen disuruh timbang berat... mesin timbang digital tu tak boleh baca timbangan kerana terlalu ringan Daneen tu... cuba maknya yang naik... confirm tak de masalah... nasib dia keluar nombor je bukan komen-komen yang menyakitkan hati macam... " Emm anda terlampau berat...! "  ...hehehe. Jadi Daneen kena pakai timbang yang bukan digital, dan jarum tu tunjuklah 14 kg lebih kurang gitu.

Lepas duduk menunggu lebih kurang setengah jam agaknyalah sebab saya dok ralit berborak dengan mak patient lain, tak perasan pulak timenye, Daneen di panggil jumpa dengan doktor.  Saya rasa agak stress juga, risau apalah diagnosisnya nanti.  Saya kalau stress mula rasa macam pening sikit-sikit.... hehehe saya memang tak suka hospital... walaupun kalau cuma nak melawat orang sakit .... saya stress.. hehehe. Itulah alasannya mengapa saya tidak boleh jadi doktor... hehehe.

Berbalik kisah Daneen jumpa doktor, Daneen dapat doktor baru, cantik orangnya... orang Kedah. Dr tanya apa masalah... dan saya pun ceritalah... masalah Daneen lambat bercakap, vocabnya yang kurang, sebutan pun pelat. Macam hari tu juga dr cuba access masalah, dia cuba bercakap-cakap. Daneen dengan saya pun kurang cakap, apa lagi dengan orang lain... lama juga dia buat test, dia guna toys untuk uji tahap pemikiran Daneen, dia tanya warna ... of course tak lepas, lepas tu dia tanya nama anggota badan , nasib saya ajar Daneen nama anggota badan yang simple macam mata, hidung, mulut.... dia bolehlah jawab.

Selain tu , dr check telinga takut ada masalah pendengaran, dan lidah in case Daneen tie tongue , maksudnya lidah pendek... jadi susah nak sebut perkataan. Bila dah puas hati, Dr cakap... dia ni tak de masalah apa cuma speech delay... anak saya pun macam tu.... fuhh lega saya... hilang terus pening lalat saya tu... hehehe. Dr kata anak yang lambat cakap, mak kena sabar dan banyak mengajar... adalah beberapa tips , nanti saya kongsikan di lain entry. So dr cakap dia akan buat surat untuk refer ke speech therapist kat HUKM.

Lepas tu dr pegi bawa Daneen untuk brief dia punya prof. Bilik tu penuh dengan mainan... habislah Daneen dah tak boleh fokus, mata dia asyik kat mainan  yang penuh satu meja kat depan mata dia...Prof tu panggil nama Daneen... dia buat tak tau je... kali ketiga panggil baru dia bagi respon... tak pasal-pasal kena refer dekat ENT sekali...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...