So selain jumpa ST , kami plan appointment ENT on the same day, ENT at 11 am and ST at 3pm. Ingatkan bila dah buat appointment utk ENT, terus boleh jumpa , tak payah nak tunggu lama... rupanya kena ambil nombor dan tunggu gilaran juga. Kami ambil nombor pukul 11, pukul 1 baru dapat jumpa dr. Bayangkan dah macam-macam gaya kami duduk... lepas duduk, berdiri pulak.... nasib tak baring je... hehehe
Dr suruh Daneen buka mulut.... check lidah... lidah Daneen ok, tidak telebih panjang dan tidak pendek... jadi masalah percakapan tidak ada kaitan dengan lidah
![]() |
lidah saya normal ... alhamdulillah |
Daneen bila strangers suruh cakap , dia malu-malu... bila dr suruh dia sebut "lalala..." dia tak nak sebutlah pulak... tersipu-sipu je kat situ... terus kena buat another detail check up on hearing....
After lunch and sembahyang... kami jumpa pula ST, yang ini memang ikut appointment, kalau pukul 3, tak delah lari jauh dalam 10 minit begitulah basinya.
Walaupun dah jumpa ST, Daneen masih lagi tidak mahu bercakap, banyak bahasa isyarat sahaja..mahal sungguh suara dia, komen ST. Lepas 15 belas minit baru dia agak selesa.
ST tanya perkembangan Daneen, saya cakap banyak juga, dia dah mula berborak walaupun ayat sepatah-sepatah dan tak lengkap. Tapi sebab masa dengan ST, Daneen tak nak cakap jadi tak boleh nak prove lah.
ST bagi panduan , siap buat nota lagi, ST terangkan pasal OWL
O - observe
W- wait
L - listen
ST beritahu saya supaya beri respon bila Daneen cakap dengan;
1. Ulang apa yang Daneen cakap dengan sebutan yang betul ( kadang-kadang saya yang terpelat ... ikut Daneen ... pasal bunyi macam cute jer... hikhik)
2. Tambah ayat, contohnya... bila Daneen cakap Mama nak susu, responlah ohh Daneen nak susu coklat ... lebih kurang macam tulah
3. Ulang dan stress, macam cakap lagi ," Daneen nak susu coklat. Susu coklat sedap.."
ST ada buat latihan dengan Daneen... dia lukis pokok besar dan main stamp buah.
ST tanya Daneen nak buah ape... Daneen cuma tahu banana je.... yang lain dia tunjuk-tunjuk je... tapi ST cakap Daneen tahu buah mana yang dia tak stamp lagi. Lepas dah nak habis session ST tanya if saya ada apa-apa nak tanya.... saya suarakan kerisauan saya pasal memori Daneen yang susah nak ingat bila diajar... ST cakap dia tak nampak Daneen teruk sangat masa buat test tapi dia tak berani nak confirm pasal itu bukan bidang dia... jadi dia refer pulak Daneen kat Paed.... aduhai banyaknya dr nak kena jumpa...
No comments:
Post a Comment