Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 July 2012

Mari mengira

Hari tu ST cakap Daneen tak tahu kira... jadi dia bagi tips, cuba suruh anak ambil barang dan sertakan bilangannya... contohnya " Daneen tolong ambil 2 pampers adik". ST cakap kita kena buat benda tu secara spontan supaya dapat kerjasama.

Saya rasa Daneen dah tahu bilangan setakat 5, tapi saya pun tak pasti betul ke dia tahu, saya tak pernah test, mungkin Daneen meneka dan secara kebetulan betul.

Sekarang ni kan musim orang buat kuih... so saya rasa sambil-sambil buat kuih... bolehlah saya test Daneen. Kakaknya Ayra pun nak join juga aktiviti masak bersama-sama ni, jadi tidaklah nampak ketara. Saya suruh Ayra putar mentega... kemudian saya bagi semangkuk gula halus kepada Daneen, saya cakap ..." Daneen sekarang masukkan 3 sudu gula" Dia pun masukkan. Kemudian saya suruh lagi masukkan dua lagi....empat lagi ... Kadang-kadang adalah time yang dia tersasar, tapi kebanyakkan betullah apa yang dia masukkan ...( nasib baik... kang terlebih manis pulak cookies tu... hehe). Saya cuma test setakat 5 dulu... lepas ni kita mungkin test 6 sampai 10 pulak ... harap- harap saya rajin nak buat kueh lagi... hehehe... atau try aktiviti lain... tengah mencari ilham ni... hehehe

elok je tukang masak dok atas meja....ehs ehs


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...