Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 10 July 2012

Siapa nama awak?

First time Daneen been exposed to this question masa nurse kat HUKM-BTS buat assessment .... selama ni kami cuma tanya dia macam ni " Ni sape?", atau " Sape Daneen,angkat tangan". So biasanya dia respon dengan cakap " tu Daneen" atau angkat tangan. Daneen tak tahu  apa itu "itu", apa itu "ini".... semua dia pakai "tu"....walau sepatutnya "ni". Selepas itu baru saya perasan yang saya tak pernah ajar dia apa itu nama, so barulah saya bertanya kepada dia. " Siapa nama awak?" dan ajarnya jawab " ini Daneen".

 Adalah saya ajar dalam 2-3 kali... lepas tu saya pun terlupalah nak buat siaran ulangan sehinggalah beberapa hari kemudian. Bila saya tanya balik " Siapa nama ?" Tiba-tiba dia jawab Rizqin Daneen... of course sebutan Rizqin tu macam terkial-kial dia nak sebut... orang lain pun terkehel juga lidah nak menyebutnya... hehehe. Betapa gembiranya saya bila dia faham dan  boleh sebut nama penuh dia.... rasa nak meleleh air mata... (happy tears)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...