Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 15 July 2012

Gosok gigi bantu percakapan?


Daneen memang suka makan gula-gula... kalau breakfast kat kedai Mamak... kat kaunter tu kan memang banyak gula-gula... hemm selagi tak beli tak senang nak makan apa pun... Daneen nanti akan berdiri je , tak nak duduk selagi tak dapat apa yang dia nak....muncung je nanti...

haa tgk mulut saya lagi mancung dari hidung...

Saya lambat sikit ajar Daneen gosok gigi... sebab bila tak bercakap jadi semua macam susah je... kadang-kadang dia mahu gosok, kadang-kadang tak mahu... satu hari saya bawa Daneen jumpa dentist... dia seronok pulak duduk atas kerusi rawatan tu... Doktor ambil replika gigi besar dan tunjuk cara gosok gigi, lepas tu doktok check lah giginya....satu gigi sudah rosak... hemm yelah kan suka makan gula-gula.

Selepas bawa pegi dentist , Daneen rajin dah gosok gigi setiap kali waktu mandi.

comelnye...

Masa bawa Daneen check up untuk speech delay kat HUKM -BTS hari tu, Dr tanya Dannen berus gigi tak? saya yang jawab ... eh berus!... Lepas tu Dr cakap , baguslah tapi beruslah sekali pipi belah dalam, sampai ke rahang sekali, sentuhlah semua bahagian dalam mulut tu untuk merangsang lidah dan saraf , ini boleh membantu Daneen menyebut dengan lebih baik.... 

Sekarang kalau berus gigi dia , saya ambil masa lama sikitlah pasal banyak benda nak berus... hehehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...