Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 11 January 2014

Tahun 6

Sangat teruja untuk start sekolah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 21 November 2013

Aku dilahirkan bodoh?

Wah tajuk ada sedikit dramatic....huhuhu

Saya masih ingat semasa speech therapist menyusun ayat dengan begitu berlapik untuk menerangkan keadaan Daneen... katanya ada budak dapat nombor satu... ada juga dapat nombor belas belas... jadi Daneen mungkin tergolong dalam kelompok yang belas belas itu... nasib baik dia tak cakap dapat nombor last....

Saya tahu dia berniat baik... mungkin juga saya emo... saya rasa dia nak cakap anak saya bodoh...memanglah terasa sedih.... entah mengapa seolah satu pukulan, macam mendengar berita doktor bagitahu anak kita cacat pula.

Tapi bodoh atau cerdik bukanlah sesuatu yang kekal..bukan suatu kecacatan... bukan sesuatu untuk disedihkan...cuma suatu ujian supaya berusaha lebih untuk mengubah.

Hari ini saya nak kongsikan cerita Daneen naik pentas.
Supaya kawan-kawan senasib di luar sana boleh menarik nafas.
Ada peluang dan harapan....



Tak...Daneen tak dapat nombor satu... dia dapat nombor lima... tapi mama papa bangga tahap macam Daneen terima degree..



Dan dalam ramai-ramai budak lima tahun... cikgu pilih  budak pelat si Daneen untuk choral speech....mesti yang terpilih tu semua berbakat besar... tengok bersemangat sampai terteleng-teleng...


Daneen dah buat mama papa happy sangat.... pasti Daneen pun happy ... senyum aje sepanjang hari... mungkin Daneen naik pentas lagi selepas ini... mungkin juga tidak... tapi mama yakin, lambat cakap tidak semestinya bodoh.

Saturday 2 November 2013

Kalau Anak Tak Mahu ke Sekolah...


Assalammualaikum...

Dalam semua anak yang dah ke kindy... Daneen yang paling rajin ke sekolah.

Dia excited... jadi mandi dan bersiap ke sekolah tidak menjadi masalah.... sehinggalah suatu hari.

Daneen tak mahu ke sekolah..

Apa yang telah terjadi?

Bosankah dia?
Ada budak kacau ke?
Cikgu marah ke?
Kenapa?

Kalau sehari dua malas... tak apalah
Kalau setiap hari begitu macamana nak buat?

Perlukah kita turutkan kehendak hatinya?

Hendaklah kita bertanya... apa masalahnya? Tetapi bukan semua boleh diluahkan... kalau Daneen lagilah susah sebab dia bukanlah petah... cakap sepatah-patah.

Yang jelas keluar dari mulut hanyalah... takut... tak nak... apalah yang ditakutnya?

Kalau anak tak dapat bercerita... kenalah bertanya pada yang tahu... kena pergi sekolah menjadi sherlock Holmes. Kena bincang dengan cikgu masalah anak kita.. minta bantuan.

Peratikan perubahan dirinya...

Dalam kes Daneen.... saya suspect cikgu menyuruh students berkuku pendek... mungkin ada yang kebetulan berkuku panjang lantas cikgu mungkin ugut nak pukul atau apa kalau tak potong.

Sebab Daneen setiap hari suruh saya potong kuku dia... jenuh saya cakap nanti luka kalau dipotong lagi sebab dah pendek... bila saya tak nak potong,  dia menangis...cakap takut kena pukul.

Berulang kali kena convincekan dia... kena hati kering suruh pergi sekolah juga walau anak menangis peluk-peluk tak lepaskan kita... kalau dia dah pergi  few times dan cikgu tak pukul...barulah dia akan rasa secure balik.

Sekarang Daneen dah ok... dah suka pergi sekolah balik...



Last week dia demam sikit.... tapi tetap nak pergi sekolah...

Walaupun begitu kita kena selidik serius mana masalah anak kita... kalau sampai boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan, menyebabkan kurang kenyakinan diri...penderaan fizikal dan emosi... mungkin perlu menukar sekolah yang sesuai dengannya. Peranan guru dalam menyediakan suasana yang sihat dan selesa untuk anak-anak... guru kena lebih bijak menyusun kata... kerana anak-anak mempercayai guru 110%...kadangkala melebihi ibu bapa sendiri..

Saturday 21 September 2013

5 years now....sudah pandai kelentong!

Hermm.... bersawang betul blog ni ye....sebulan sekali jer I kemas huhuhu

As you know, Daneen just celebrated her 5th birthday...


Kami buat small birthday party untuk dia.... tahu kan dia memang suka sangat birthday party....

Last weekend pula my sis celebrated Danish's birthday...Daneen macam tak puas pulak sambut birthday...masa orang sibuk makan kek, dia datang kat saya dan bisik.... cikgu cakap birthday ada 10 kali setahun....I see... cikgu cakap ker Daneen yang cakap?

Dia cakap hadiah yang dia dapat tu tak cukup.... sebab tu kena buat lagi.

I gave her colour pencil for her birthday....


The day after the party, I found these in my closet, now you know why I gave her colour pencil... she never has enough.

Thursday 1 August 2013

Koleksi gambar peace...





Peace... seorang amatur... 3 jari... gegar



Peace ... plus a kiss... masih lagi 3 jari



happy face... 2 jari...



Dah terre.. 2 jari ... but sad face??



Ustazah peace??



yang ini tak best... peace minta ice cream...

Saturday 6 July 2013

Bila nak hantar anak kurang petah ke preschool?

Bila nak hantar ye? Masa 4 tahun ke 5 tahun?

Sebaiknya lebih awal lebih bagus....

Saya dulu risau nak hantar Daneen taska awal, maklum keadaannya yang pelat tahap gaban, macamana nak pegi sekolah kan... kita kat rumah pun susah nak handle ... apa lagi cikgu.

Tapi saya silap... bila fikir balik I wish I sent her earlier.... and I wish I started this blog earlier ... because from this blog I know friends that have same problem with me, share ideas and give me advices. Thank you Lily for sharing with me on how I should inform the teachers about my daughter's problem. I did just that during registration and to my suprise, the teachers said the speech problem is quite common.

Daneen has improved a lot...she now can tell stories... what happened in school everyday  for example... of course masih ada perkataan yang saya tak boleh nak faham... tapi saya faham ceritanya. Semakin banyak perkataan yang dia tahu sekarang ini yang menjadikan komunikasi lebih mudah. Dia juga tidak banyak megamuk macam dulu... lebih sabar dan pandai pula bagi nasihat kat adiknya kalo adiknya megamuk....hahaha.

Dari segi pelajarannya... exam yang lepas dia dapat tempat ke 16 dari 20 pelajar dalam kelas... memanglah tidak mengujakan but hey at least bukanlah tempat tercorot... range of marks  from 100 to 70 plus... markah purata 80... masih lagi A kan...so must stay positive.








Tuesday 28 May 2013

Sambutan hari guru....

Semua sekolah mesti sambut hari guru.... sekolah Daneen pun tak berkecuali. Jadi hari Khamis lepas patutnya Daneen pergi sekolah pukul 8 pagi sebab nak celebrate hari guru.

Tapi Daneen tak nak pegi sekolah...

Mungkin Daneen tak faham yang dia pergi this time nak suka-suka celebrate hari guru...tak belajar macam biasa...

Jadi saya explain..."Daneen, hari guru bestlah Daneen ... ada nyanyi-nyanyi.... ada makan-makan.."

Tapi dia masih berkeras tak nak pergi sekolah

Ayra pula datang membantu

Ayra : Daneen ... best tau hari guru.... ada kek... ada gula-gula

Daneen : ak nak!!!( tak nak)

Ayra : Habis tu ... Daneen nak apa?

Cuba teka Daneen jawab apa?

              v
              v

              v
              v
              v
              v
              v

Daneen : nak cuti... ( wah clear pulak dia sebut nak cuti...hahaha  aiseyyy!)

Okay kami give up... Daneen tak pegi sekolah sudahnya...
       




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...