Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 21 November 2013

Aku dilahirkan bodoh?

Wah tajuk ada sedikit dramatic....huhuhu

Saya masih ingat semasa speech therapist menyusun ayat dengan begitu berlapik untuk menerangkan keadaan Daneen... katanya ada budak dapat nombor satu... ada juga dapat nombor belas belas... jadi Daneen mungkin tergolong dalam kelompok yang belas belas itu... nasib baik dia tak cakap dapat nombor last....

Saya tahu dia berniat baik... mungkin juga saya emo... saya rasa dia nak cakap anak saya bodoh...memanglah terasa sedih.... entah mengapa seolah satu pukulan, macam mendengar berita doktor bagitahu anak kita cacat pula.

Tapi bodoh atau cerdik bukanlah sesuatu yang kekal..bukan suatu kecacatan... bukan sesuatu untuk disedihkan...cuma suatu ujian supaya berusaha lebih untuk mengubah.

Hari ini saya nak kongsikan cerita Daneen naik pentas.
Supaya kawan-kawan senasib di luar sana boleh menarik nafas.
Ada peluang dan harapan....



Tak...Daneen tak dapat nombor satu... dia dapat nombor lima... tapi mama papa bangga tahap macam Daneen terima degree..



Dan dalam ramai-ramai budak lima tahun... cikgu pilih  budak pelat si Daneen untuk choral speech....mesti yang terpilih tu semua berbakat besar... tengok bersemangat sampai terteleng-teleng...


Daneen dah buat mama papa happy sangat.... pasti Daneen pun happy ... senyum aje sepanjang hari... mungkin Daneen naik pentas lagi selepas ini... mungkin juga tidak... tapi mama yakin, lambat cakap tidak semestinya bodoh.

Saturday 2 November 2013

Kalau Anak Tak Mahu ke Sekolah...


Assalammualaikum...

Dalam semua anak yang dah ke kindy... Daneen yang paling rajin ke sekolah.

Dia excited... jadi mandi dan bersiap ke sekolah tidak menjadi masalah.... sehinggalah suatu hari.

Daneen tak mahu ke sekolah..

Apa yang telah terjadi?

Bosankah dia?
Ada budak kacau ke?
Cikgu marah ke?
Kenapa?

Kalau sehari dua malas... tak apalah
Kalau setiap hari begitu macamana nak buat?

Perlukah kita turutkan kehendak hatinya?

Hendaklah kita bertanya... apa masalahnya? Tetapi bukan semua boleh diluahkan... kalau Daneen lagilah susah sebab dia bukanlah petah... cakap sepatah-patah.

Yang jelas keluar dari mulut hanyalah... takut... tak nak... apalah yang ditakutnya?

Kalau anak tak dapat bercerita... kenalah bertanya pada yang tahu... kena pergi sekolah menjadi sherlock Holmes. Kena bincang dengan cikgu masalah anak kita.. minta bantuan.

Peratikan perubahan dirinya...

Dalam kes Daneen.... saya suspect cikgu menyuruh students berkuku pendek... mungkin ada yang kebetulan berkuku panjang lantas cikgu mungkin ugut nak pukul atau apa kalau tak potong.

Sebab Daneen setiap hari suruh saya potong kuku dia... jenuh saya cakap nanti luka kalau dipotong lagi sebab dah pendek... bila saya tak nak potong,  dia menangis...cakap takut kena pukul.

Berulang kali kena convincekan dia... kena hati kering suruh pergi sekolah juga walau anak menangis peluk-peluk tak lepaskan kita... kalau dia dah pergi  few times dan cikgu tak pukul...barulah dia akan rasa secure balik.

Sekarang Daneen dah ok... dah suka pergi sekolah balik...



Last week dia demam sikit.... tapi tetap nak pergi sekolah...

Walaupun begitu kita kena selidik serius mana masalah anak kita... kalau sampai boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan, menyebabkan kurang kenyakinan diri...penderaan fizikal dan emosi... mungkin perlu menukar sekolah yang sesuai dengannya. Peranan guru dalam menyediakan suasana yang sihat dan selesa untuk anak-anak... guru kena lebih bijak menyusun kata... kerana anak-anak mempercayai guru 110%...kadangkala melebihi ibu bapa sendiri..

Saturday 21 September 2013

5 years now....sudah pandai kelentong!

Hermm.... bersawang betul blog ni ye....sebulan sekali jer I kemas huhuhu

As you know, Daneen just celebrated her 5th birthday...


Kami buat small birthday party untuk dia.... tahu kan dia memang suka sangat birthday party....

Last weekend pula my sis celebrated Danish's birthday...Daneen macam tak puas pulak sambut birthday...masa orang sibuk makan kek, dia datang kat saya dan bisik.... cikgu cakap birthday ada 10 kali setahun....I see... cikgu cakap ker Daneen yang cakap?

Dia cakap hadiah yang dia dapat tu tak cukup.... sebab tu kena buat lagi.

I gave her colour pencil for her birthday....


The day after the party, I found these in my closet, now you know why I gave her colour pencil... she never has enough.

Thursday 1 August 2013

Koleksi gambar peace...





Peace... seorang amatur... 3 jari... gegar



Peace ... plus a kiss... masih lagi 3 jari



happy face... 2 jari...



Dah terre.. 2 jari ... but sad face??



Ustazah peace??



yang ini tak best... peace minta ice cream...

Saturday 6 July 2013

Bila nak hantar anak kurang petah ke preschool?

Bila nak hantar ye? Masa 4 tahun ke 5 tahun?

Sebaiknya lebih awal lebih bagus....

Saya dulu risau nak hantar Daneen taska awal, maklum keadaannya yang pelat tahap gaban, macamana nak pegi sekolah kan... kita kat rumah pun susah nak handle ... apa lagi cikgu.

Tapi saya silap... bila fikir balik I wish I sent her earlier.... and I wish I started this blog earlier ... because from this blog I know friends that have same problem with me, share ideas and give me advices. Thank you Lily for sharing with me on how I should inform the teachers about my daughter's problem. I did just that during registration and to my suprise, the teachers said the speech problem is quite common.

Daneen has improved a lot...she now can tell stories... what happened in school everyday  for example... of course masih ada perkataan yang saya tak boleh nak faham... tapi saya faham ceritanya. Semakin banyak perkataan yang dia tahu sekarang ini yang menjadikan komunikasi lebih mudah. Dia juga tidak banyak megamuk macam dulu... lebih sabar dan pandai pula bagi nasihat kat adiknya kalo adiknya megamuk....hahaha.

Dari segi pelajarannya... exam yang lepas dia dapat tempat ke 16 dari 20 pelajar dalam kelas... memanglah tidak mengujakan but hey at least bukanlah tempat tercorot... range of marks  from 100 to 70 plus... markah purata 80... masih lagi A kan...so must stay positive.








Tuesday 28 May 2013

Sambutan hari guru....

Semua sekolah mesti sambut hari guru.... sekolah Daneen pun tak berkecuali. Jadi hari Khamis lepas patutnya Daneen pergi sekolah pukul 8 pagi sebab nak celebrate hari guru.

Tapi Daneen tak nak pegi sekolah...

Mungkin Daneen tak faham yang dia pergi this time nak suka-suka celebrate hari guru...tak belajar macam biasa...

Jadi saya explain..."Daneen, hari guru bestlah Daneen ... ada nyanyi-nyanyi.... ada makan-makan.."

Tapi dia masih berkeras tak nak pergi sekolah

Ayra pula datang membantu

Ayra : Daneen ... best tau hari guru.... ada kek... ada gula-gula

Daneen : ak nak!!!( tak nak)

Ayra : Habis tu ... Daneen nak apa?

Cuba teka Daneen jawab apa?

              v
              v

              v
              v
              v
              v
              v

Daneen : nak cuti... ( wah clear pulak dia sebut nak cuti...hahaha  aiseyyy!)

Okay kami give up... Daneen tak pegi sekolah sudahnya...
       




Wednesday 15 May 2013

Daneen nak exam!!!!



Sape yang cuak... saya ke Daneen? ....tak payah cakap dah tahu sape yang gigil kannn

hee macam manalah agaknya.... boleh ke budak ni?

Dah lah sekarang asyik malas nak pergi sekolah... selamba jer ... tak kisah pun ada exam ke tidak...

Sah-sah dia tak faham apa itu exam... camne nak takut??

Daneen start malas pergi sekolah lepas cuti sekolah seminggu hari tu... agaknya masa cuti tu dia terfikir wow! bestnya tak payah pergi sekolah... lepakkss jer.

Sebelum cuti seminggu hari tu, rupanya ade test...




Terkezzut juga saya, markah PSPI dapat 95% .... hemm boleh tahan... nak macam taraf kak Ayra gak nih
Tapi Bahasa Inggeris dapat 76%.... memanglah jauh dari tahap kak Ayra ... tapi untuk Daneen... dah baguslah... diluar jangkaan... jadi rasanya perlu tak saya risau?

Semalam dia buat hal malas pergi sekolah lagi....

Daneen: Mama ecok cekolah?

Mama : Ye

Daneen : Mamaaaa... ecok tak cekolah, mama pun tak yah eje ( mama tak yah kerja.... hemm bestnya kalau Daneen jadi boss mama kan kann)

Mama : ( malas nak layan big boss nih... senyap jer lah)

Daneen : Cikgu cakap ecok periksa...

Mama : Haa periksa... Daneen dah baca buku ker?

Daneen : Baca?

Mama : Ye lah , kalau nak periksa kenalah baca buku... baru tahu nak jawab

Daneen: ohh baca ye

Daneen cepat-cepat turun bawah nak pergi ambil buku untuk baca. Dalam hati saya berbunga-bunga... wah Daneen pandailah... nak baca buku untuk exam...

Lepas tu Daneen naik balik atas , terus baca buku ni..



 Waaawawa... baca buku Dora.... dalam bahasa German lak tu.... kelass kau Daneen, ada subjek cartoon exam ni ye?... tawakkaltualAllah lah jawabnya





Tuesday 30 April 2013

Do you know that ..

Syed Mokhtar Albukhary could not talk until he was 3 years old and his mum wondered if he was mute ...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 24 April 2013

Chocolate Minda

Selain dari doa .. Kita juga perlu berusaha .. Chocolate minda untuk membantu Daneen .. Menndapat otak yang cergas .. In sya Allah. Di recommend oleh biras yang nampak keberkesanan ke atas anak beliau.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 14 April 2013

Bakat terbenam..

Rupanya Daneen suka melukis dan mewarna . Daneen juga dah pandai tulis namanya sendiri .. hemm sangat teruja .. tak kisahlah kalau pensel warna yang baru beli minggu lepas dah pendek separuh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 11 April 2013

Daneen dan homework..

First time ever Daneen buat homework, cepat sangat give up .. balik2 Ayra yang tolong siapkan.. makcik tu kan bengkeng orangnya .. Si Ayra pula suka nak layan bengkeng adiknya... tak boleh jadi.

Tapi kelemahan Daneen yang suka dipuji ... Walau dia tulis huruf wau macam togeh terlebih baja .. Cakap je wah pandai Daneen , cantik Daneen tulis etc .. termakan juga. Sekarang dah buat homework sendiri ... Fuhh lega .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 13 March 2013

Doa untuk si kurang petah...


Daneen sekarang dah makin petah... alhamdulillah. Tetapi masih ada perkataan-perkataan yang saya tidak fahami keluar dari mulut mugilnya. Seorang adik memberikan saya ilmu ini untuk diamalkan...

Doa agar lancar berbicara ini terdapat dalam Surah Thoha ayat 25-28:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku

Kata beliau bacalah doa di atas dan hembuskan ke mulut Daneen... mudah-mudahan lancar pertuturannya.

Saya memang hafal doa ini... semasa zaman sekolah dulu... sebelum kelas bermula memang saya amal baca.Nanti kalau cikgu soal... lancar je menjawab. Masalahnya lepas habis sekolah saya pun jarang mengamalkannya... kecuali time nak pi meeting, nak buat presentation... baru terkial-kial membacanya... hehehe

Bapa saya dulu selepas sembahyang berjemaah, jikalau kelapangan akan membacakan kami kisah nabi-nabi... antara ceritanya yang saya masih ingat adalah cerita Nabi Musa yang sedikit gagap. Nabi Musa seperti yang diketahui adalah anak angkat Asiah, isteri kepada Firaun. Dikisahkan Firaun telah mendapat mimpi dan ditafsirkan mimpi itu  tentang ancaman budak lelaki ke atasnya. Lalu dia mengesyaki Nabi Musa yang pada ketika itu masih budak. Asiah yang amat menyayangi Nabi Allah itu telah membuat helah dengan mengatakan Nabi Musa itu bodoh dengan mengesyorkan ujian dilakukan dengan meletakkan bara api semangkuk dan pada mangkuk yang lain batu permata untuk dipilih oleh Nabi Musa. Semasa Nabi Musa cuba mengambil batu permata, malaikat telah mengalih tangannya jadi bara apilah yang diambil lantas dimasukkan kedalam mulut beliau. Oleh yang demikian lidah Nabi Musa yang melecur itu telah menyebabkan beliau gagap.

Sajelah nak berkongsi ilmu semoga bermanafaat untuk kita semua... tak layak nak bagi tazkirah pon... hehehe

Tuesday 12 February 2013

Last speech therapy and ENT.

This was the last speech therapy session at HUKM for Daneen , who decided it was the last? Well.. we did, for after kindy, Daneen has shown a good progress so we think we can do without the therapy.. all we need to do is speak to her a lot and correct her when she makes mistake by encouraging her, not by scolding her.
Actually HUKM do offer intensive therapy for RM135. That is for 8 sessions if I am not mistaken. Unfortunately it is done during weekdays not weekend.

On that day we also did the test for the ear. The dr manage to clear one ear before Daneen protested. The cleared ear passed the test, so we concluded it was because the block that she could not hear well. The other ear we may do the treatment at other hospital in sya Allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 19 January 2013

Apa itu wiki-wiki klung ?

Sejak bersekolah ni Daneen mempunyai keyakinan diri yang tinggi ..

Suatu pagi dia bangun terus mengadu lapar .. Saya terus tanya dia nak minum susu ke seperti kebiasaan?

Dia jawab , no .. Nak cucu(susu) , wiki wiki klung ..
Apo bondo tu? Seperti biasa saya meneka .. Dua tiga kali dia cakap tekaan saya salah ..

Saya diam sekejap cuba berfikir .. Mencari clue .. Ermm susu .. Dan klung.. Crunch kot .. Coco crunch lah tu .. Saya confident ..

Mama:Daneen nak susu dan coco crunch ke?

Daneen : bukannnn... Wiki wiki klung ..

Mama : Eerrr...

Kenalah turun dapur .. Untuk dia tunjuk apa yg dia nak ..
Hermm betul lah coco crunch dengan susu ... tak pasal2 mama kena marah ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 5 January 2013

Suprise...suprise...suprise...

Suprise no 1

Saya dok rasa Daneen tu kecik lagi... maklumlah cakap pun pelat...

Saya dok imagine... Daneen mesti tak muat nak pakai uniform sekolah... mesti besar...


Tapi baju uniform yang dia pakai tu rupanya...size M bukan size S....

Suprise no 2

Saya risau mood dia... maklumlah Daneen kuat mengamuk... kalau menjerit satu Taman boleh dengar agaknya...


Tapi dia cool jer... peace... and smiling... sebelum pegi sekolah...

Suprise no 3

Seminggu sebelum sekolah... saya dah cakap dengan dia... nanti kat sekolah... mama tak tunggu Daneen macam kat playgroup...

Dia tenung saya tanya nape...


Tapi bila masuk classroom... dia bye-bye kat saya... meaning its okay if  I leave her there....

Suprise No 4

Saya risau kalau dia tak ade kawan kat sekolah... kalau tak de sape faham dia cakap apa...


Tapi bila saya tanya dia lepas balik sekolah... siapa kawan dia....

Dia cakap kawan dia nama Ain... Ehh Ayra pun dulu bila saya tanya siapa kawan, dia cakap tak tahu... sehingga beberapa minggu baru boleh bagitahu nama kawan...

Suprise No 5

Saya risau kalau-kalau dia tak tahu naik bas... kalau tertinggal bas, nak cakap apa...nak minta tolong sape..


Tapi rupanya terbalik... bukan dia yang tertinggal bas...

operasi mengejar Bas yang tak berenti kat rumah...

Tapi bas yang asyik terlupa nak ambil dia kat sekolah... tapi dia tetaplah cool..

Suprise no 6

Saya risau takut dia tak tahan long hours kat Kindy.. 4 hours plus plus... takut dia bosan dan nangis..


Tapi saya terkejut dia balik sekolah happy...and still smilling....

Dalam hati saya cakap.... anak aku dah besar rupanya....

Tuesday 1 January 2013

First day @ Pasti

Daneen is smiling getting ready to go for kindy ..

I hope she will keep smiling for the rest of the day ..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...