Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 13 March 2013

Doa untuk si kurang petah...


Daneen sekarang dah makin petah... alhamdulillah. Tetapi masih ada perkataan-perkataan yang saya tidak fahami keluar dari mulut mugilnya. Seorang adik memberikan saya ilmu ini untuk diamalkan...

Doa agar lancar berbicara ini terdapat dalam Surah Thoha ayat 25-28:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku

Kata beliau bacalah doa di atas dan hembuskan ke mulut Daneen... mudah-mudahan lancar pertuturannya.

Saya memang hafal doa ini... semasa zaman sekolah dulu... sebelum kelas bermula memang saya amal baca.Nanti kalau cikgu soal... lancar je menjawab. Masalahnya lepas habis sekolah saya pun jarang mengamalkannya... kecuali time nak pi meeting, nak buat presentation... baru terkial-kial membacanya... hehehe

Bapa saya dulu selepas sembahyang berjemaah, jikalau kelapangan akan membacakan kami kisah nabi-nabi... antara ceritanya yang saya masih ingat adalah cerita Nabi Musa yang sedikit gagap. Nabi Musa seperti yang diketahui adalah anak angkat Asiah, isteri kepada Firaun. Dikisahkan Firaun telah mendapat mimpi dan ditafsirkan mimpi itu  tentang ancaman budak lelaki ke atasnya. Lalu dia mengesyaki Nabi Musa yang pada ketika itu masih budak. Asiah yang amat menyayangi Nabi Allah itu telah membuat helah dengan mengatakan Nabi Musa itu bodoh dengan mengesyorkan ujian dilakukan dengan meletakkan bara api semangkuk dan pada mangkuk yang lain batu permata untuk dipilih oleh Nabi Musa. Semasa Nabi Musa cuba mengambil batu permata, malaikat telah mengalih tangannya jadi bara apilah yang diambil lantas dimasukkan kedalam mulut beliau. Oleh yang demikian lidah Nabi Musa yang melecur itu telah menyebabkan beliau gagap.

Sajelah nak berkongsi ilmu semoga bermanafaat untuk kita semua... tak layak nak bagi tazkirah pon... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...