Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 23 May 2012

My Girl

Daneen was born on 31st August 2008... yes she is a 'Merdeka baby'. Perkembangannya semua normal... malah agak cepat juga... dia meniarap semasa 3 bulan lebih, merangkak  7 bulan, berdiri dan bertatih semasa 10 bulan... tumbuh gigi semasa 5 bulan!.Saya sebenarnya tidak begitu ingat tapi saya rasa dia mula belajar bercakap dan mengeluarkan bunyi mengikut waktu perkembangan yang sepatutnya... ya dia boleh panggil mama dan papa seusia setahun lagi.... tetapi selepas itu saya sibuk memikirkan tentang diri saya yang sudah mengandung semula semasa Daneen berumur 7 bulan .... saya sebenarnya bimbang kesihatan saya dan baby baru dalam perut kerana Daneen dilahirkan secara cesarean.... kuatkah rahim saya?... selepas itu bila Aiz lahir saya sibuk pula melayan baby baru.... saya tidak perasan yang Daneen seusia 2 tahun masih cuma mampu memanggil mama dan papa. Saya pernah dengar dia panggil 'bibik' semasa bibik Sukini mula bekerja dengan kami... waktu itu saya masih mengandung... tetapi selepas Aiz dilahirkan .... saya tidak dengar lagi nama bibik dipanggil.....

Apabila Aiz mula belajar bercakap... saya pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Daneen kerana pekembangan percakapannya seolah-olah sama level dengan Aiz... saya mula risau dan bimbang. Saya cuba surf internet.... banyak juga yang membantu. Katanya dalam 5 orang, seorang akan ada masalah lambat bercakap.... macam logik juga b'coz I have 5 kids.... ( lawak sedih...)




Kalau begitu pasti ramai juga yang mengalami masalah yang sama, jadi saya terfikir untuk mulakan blog ini, menceritakan pengalaman dan apa- apa yang boleh dikongsi, saya berharap ianya bukan sekadar diary tapi boleh membantu orang-orang lain yang senasib...saya juga berterima kasih sekiranya ada yang ingin memberi comment yang baik untuk saya....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...