Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 29 July 2012

Mari mengira

Hari tu ST cakap Daneen tak tahu kira... jadi dia bagi tips, cuba suruh anak ambil barang dan sertakan bilangannya... contohnya " Daneen tolong ambil 2 pampers adik". ST cakap kita kena buat benda tu secara spontan supaya dapat kerjasama.

Saya rasa Daneen dah tahu bilangan setakat 5, tapi saya pun tak pasti betul ke dia tahu, saya tak pernah test, mungkin Daneen meneka dan secara kebetulan betul.

Sekarang ni kan musim orang buat kuih... so saya rasa sambil-sambil buat kuih... bolehlah saya test Daneen. Kakaknya Ayra pun nak join juga aktiviti masak bersama-sama ni, jadi tidaklah nampak ketara. Saya suruh Ayra putar mentega... kemudian saya bagi semangkuk gula halus kepada Daneen, saya cakap ..." Daneen sekarang masukkan 3 sudu gula" Dia pun masukkan. Kemudian saya suruh lagi masukkan dua lagi....empat lagi ... Kadang-kadang adalah time yang dia tersasar, tapi kebanyakkan betullah apa yang dia masukkan ...( nasib baik... kang terlebih manis pulak cookies tu... hehe). Saya cuma test setakat 5 dulu... lepas ni kita mungkin test 6 sampai 10 pulak ... harap- harap saya rajin nak buat kueh lagi... hehehe... atau try aktiviti lain... tengah mencari ilham ni... hehehe

elok je tukang masak dok atas meja....ehs ehs


 

Thursday, 26 July 2012

Mengajar anak ke tandas

Sekarang ini Daneen dah tak pakai diapers waktu siang... yippeee! nampaknya effort kami dah berhasil... infact dia dah tak cakap " mama Daneen nak kezing"... dia dah boleh pergi sendiri dan basuh sendiri... wah... suka.. suka..!

potty training picture
No need to use this... terus je kat toilet bowl ... senang



Tapi masa nak tidur and keluar jalan-jalan masih pakaikan dia diapers pasal mama dia belum ready nak go to the next step... siapa yang bersalah sebenarnya, mama atau Daneen?

Masa anak sorang dua... semuanya excited nak ajar anak macam-macam... bila dah masuk empat lima... semuanya take it slow.... saya perasan saya yang banyak underestimate Daneen.

Semalam masa saya balik kerja, ada ramadhan goodies bawa balik, macam biasa kami akan disambut riang oleh Daneen dan Aiz... bila nampak goodies tu, Daneen terkam saya dan tanya " Whats that?"... wah terkezutt  saya... mesti dia dengar dari mana-mana...

Sekali sekala saya ada dengar perkataan yang saya tak ajar keluar dari mulut dia... macam thank you , no, yes, love you...dia cenderung kepada bahasa omputih... mungkin sebab tengok tv... tapi dr suggest guna satu bahasa saje supaya dia tak pening... jadi since semua orang dalam rumah tu boleh cakap melayu... bahasa melayu je lah... kalau dulu saya marah kakaknya yang suka tengok cartoon alih suara melayu... sekarang dah tak marah lagi... dah dapat restu... hehehe... of course ade yang tak boleh alih bahasa ... tak kan nak tengok Oh My English dalam bahasa melayu pulak.. heheeh. Talking about this new series... Dannen dah tukar oh my God to Oh may english lah pulak... air tumpah -Ooh my english!...mainan jatuh- Ohh my english!.... Aiz nangis- Ohh my english!... kelakar dan cute jer...


Monday, 23 July 2012

Speech Therapist- Part 3

Masalah percakapan biasanya disebabkan 3 perkara
1. Masalah pada korda suara dan lidah
2. Masalah pendegaran
3. Pemprosesan pertuturan disebabkan masalah otak atau pekembangan pertuturan

Bila saya minta explaination dari ST, dia cakap Daneen ada masalah
1. Expresif
2. Receptif

Wah keluar perkataan complicated... dahi saya makin berkerut...

Expresif itu adalah kesukaran menggunakan pertuturan untuk berinteraksi, receptif pulak sukar menafsir atau memahami percakapan orang.

Saya masih tak puas hati, apa maksud ST?

Macam nilah katanya.... kalau dalam kelas, ada budak dapat no 1, ada budak dapat no 8 ... ( nasib baik dia tak cakap no last... teruk benor tu... huhuhu)

Dalam hati saya berkata.... are you saying that my child is stupid??

Since dah ada orang menunngu kat luar... saya simpan kat dalam hati je lah dulu... bagi chance kat patient lain







Thursday, 19 July 2012

Speech Therapist-Part 2


Sememangnya masa dipanggil masuk, mood Daneen masih tak ok.... walaupun ST tu very soft spoken orangnya... Daneen tak layan ST tu... tetapi Daneen masih tertarik dengan mainan yang berkotak-kotak kat belakang ST.... dengan selamba dia ignore ST dan berjalan kat belakang ST untuk ambil mainan tu... dia tak lah ambil tapi indicate and tunjuk yang dia nak main.

ST bagi komen, Daneen ni garang dan berani ... itu character dia. ST sebenarnya tengah evaluate character Daneen juga ... bayangkan orang garang yang tak bercakap bila tak dapat apa yang dihajat....

ST kemudian bagi Daneen satu toy lebih kurang macam ni...bila dapat tu mood Daneen dah jadi ok


Bila ST tanya and Daneen jawab, dia akan bagi upah seketul ring untuk Daneen letak... dekat each ring tu ada pen mark, and Daneen akan pastikan dia letak yang ada mark tu kat bawah jadi tak lah nampak mark tu.... ST komen lagi... emmm Daneen ni pengemas orannya...

Lepas tu ST keluarkan sudu kecil dan sudu besar, dia suruh Daneen bagi dia sudu besar atau sudu kecil.... dia nak tahu Daneen tahu tak antara yang besar dengan kecil... nasib baik saya dah ajar Daneen pasal tu .. jadi test ini lepas lah.... and Daneen dapat upah ring lagi.

Kemudian ST keluarkan satu key besar dan kereta mainan. ST bagi arahan , Daneen letak kunci atas.... Daneen bila dapat kunci tu dia cuba guna key tu untuk buka pintu kereta mainan tu... ST cakap lagi Daneen letak kunci bawah... Daneen fail lah test ni... saya rasa Daneen guna logik, kunci untuk buka pintu bukan untuk letak atas atau bawah.... saya memang tak pernah ajar atas bawah.... tapi dia tahu kalau ajak dia tingkat atas atau turun tingkat bawah kat rumah... hemmm nampaknya kena ajar Daneen bab ni.... saya rasa mesti ST nak test lagi next time.

Bila ST keluarkan toy, Daneen akan cakap 'Wow' tapi bila ST keluarkan buku... Daneen mengeluh.... ST cakap Daneen ni lucu... tapi kalau sekolah akan ada masalah sebab macam tak suka buku....

Bila dah habis semua test, ST suruh count berapa ring yang Daneen dapat... Daneen cuma ikut dengan  jari dan tak sebut pun nombornya... sebenarnya Daneen dah hafal nombor satu sampai sepuluh dan faham berapa banyak satu sampai lima.... tapi mungkin dia malas... atau tak faham apa yang ST nak... jadi ST buat conclusion Daneen tak tahu kira lagi.

Saya tanya ST , apa pendapat dia tentang Daneen... ST cakap perkembangan Daneen kalau ikut usianya agak kebelakang sedikit sebab tak tahu atas bawah, tak tahu kira... saya tanya lambat macam mana, ada sesuatu yang tak kena dengan otak dia ke?..... saya mula rasa gelisah...dan bimbang...dahi saya confirm berkerut-kerut... rasa macam tak boleh nak absorb apa yang ST just inform....





Monday, 16 July 2012

Temujanji ketiga - Speech Therapist - part 1

Kali ketiga ini adalah temujanji dengan speech therapist (ST). Kali ini rawatan adalah dekat HUKM, sekali rawatan kena bayar RM15. Masa rawatan lebih kurang dalam 30-45 minit bergantung kepada keadaan budak, boleh fokus atau sudah meragam....

Sesampai di HUKM pagi tu, mood Daneen yang ceria ( sebab jadi anak tunggal... mama dan papa bagi sepenuh perhatian ye? ) tiba-tiba berubah. Ini gara-gara saya tidak benarkan dia bermain kat playhouse yang ada dekat tempat perkembangan kanak-kanak. Saya sebenarnya dah tersesat, punyalah HUKM tu besar and Mr H a.k.a my GPS ( Gua Punye Suami... hehehe) dropped we all berdua untuk parking kereta yang agak jauh dari main entrance. So rupanya bilik yang tertera pusat perkembangan kanak-kanak tu untuk budak-budak yang ada masalah lain. Masa saya termasuk bilik tu ada budak yang tgh bercakap  sorang-sorang dan buat bunyi bunyian .... macam down syndrome. Daneen perati je budak tu... dengan dahi berkerut-kerut.... saya cepat-cepat tarik Daneen keluar... takut nanti dia pulak keluarkan bunyi-bunyian... hehehe.

Masa nak keluar tu lah dia nampak playhouse tu and minta nak main.... saya tak benarkan... dia dah muncung... bad mood... saya berdebar-debar... hai macam mana nanti kalau dia buat hal dengan ST....

Sunday, 15 July 2012

Gosok gigi bantu percakapan?


Daneen memang suka makan gula-gula... kalau breakfast kat kedai Mamak... kat kaunter tu kan memang banyak gula-gula... hemm selagi tak beli tak senang nak makan apa pun... Daneen nanti akan berdiri je , tak nak duduk selagi tak dapat apa yang dia nak....muncung je nanti...

haa tgk mulut saya lagi mancung dari hidung...

Saya lambat sikit ajar Daneen gosok gigi... sebab bila tak bercakap jadi semua macam susah je... kadang-kadang dia mahu gosok, kadang-kadang tak mahu... satu hari saya bawa Daneen jumpa dentist... dia seronok pulak duduk atas kerusi rawatan tu... Doktor ambil replika gigi besar dan tunjuk cara gosok gigi, lepas tu doktok check lah giginya....satu gigi sudah rosak... hemm yelah kan suka makan gula-gula.

Selepas bawa pegi dentist , Daneen rajin dah gosok gigi setiap kali waktu mandi.

comelnye...

Masa bawa Daneen check up untuk speech delay kat HUKM -BTS hari tu, Dr tanya Dannen berus gigi tak? saya yang jawab ... eh berus!... Lepas tu Dr cakap , baguslah tapi beruslah sekali pipi belah dalam, sampai ke rahang sekali, sentuhlah semua bahagian dalam mulut tu untuk merangsang lidah dan saraf , ini boleh membantu Daneen menyebut dengan lebih baik.... 

Sekarang kalau berus gigi dia , saya ambil masa lama sikitlah pasal banyak benda nak berus... hehehe.

Wednesday, 11 July 2012

Mari Melukis

Masa pegi check up Daneen hari tu, dr bagi dia kertas dan pensil, dr nak tengok samaada dia boleh pegang pensil, fokus dan boleh lukis apa yang dr lukis. Dr lukis bulat je pun , bukan yang complicated... Daneen boleh ikut tapi bulatannya melencong jadi bujur dan terputus-putus.

macam tu ke pegang pensil Aiz?

Lepas tu dr ambil jari Daneen dan ikut bulatan yang dia lukis...

touch paper... murah dan tahan lasak..
Dr cakap budak-budak zaman sekarang era touch screen , jadi kena buat macam ni supaya otak dia senang nak ikut....

Memang betul, lepas buat macam tu , Daneen boleh lukis dengan lebih baik...

Dr sambung lagi... tak payah pakai ipad, mahal... pakai paper ni ... murah je....hehehe.. betui... betui... betui...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...