Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 21 November 2013

Aku dilahirkan bodoh?

Wah tajuk ada sedikit dramatic....huhuhu

Saya masih ingat semasa speech therapist menyusun ayat dengan begitu berlapik untuk menerangkan keadaan Daneen... katanya ada budak dapat nombor satu... ada juga dapat nombor belas belas... jadi Daneen mungkin tergolong dalam kelompok yang belas belas itu... nasib baik dia tak cakap dapat nombor last....

Saya tahu dia berniat baik... mungkin juga saya emo... saya rasa dia nak cakap anak saya bodoh...memanglah terasa sedih.... entah mengapa seolah satu pukulan, macam mendengar berita doktor bagitahu anak kita cacat pula.

Tapi bodoh atau cerdik bukanlah sesuatu yang kekal..bukan suatu kecacatan... bukan sesuatu untuk disedihkan...cuma suatu ujian supaya berusaha lebih untuk mengubah.

Hari ini saya nak kongsikan cerita Daneen naik pentas.
Supaya kawan-kawan senasib di luar sana boleh menarik nafas.
Ada peluang dan harapan....



Tak...Daneen tak dapat nombor satu... dia dapat nombor lima... tapi mama papa bangga tahap macam Daneen terima degree..



Dan dalam ramai-ramai budak lima tahun... cikgu pilih  budak pelat si Daneen untuk choral speech....mesti yang terpilih tu semua berbakat besar... tengok bersemangat sampai terteleng-teleng...


Daneen dah buat mama papa happy sangat.... pasti Daneen pun happy ... senyum aje sepanjang hari... mungkin Daneen naik pentas lagi selepas ini... mungkin juga tidak... tapi mama yakin, lambat cakap tidak semestinya bodoh.

Saturday 2 November 2013

Kalau Anak Tak Mahu ke Sekolah...


Assalammualaikum...

Dalam semua anak yang dah ke kindy... Daneen yang paling rajin ke sekolah.

Dia excited... jadi mandi dan bersiap ke sekolah tidak menjadi masalah.... sehinggalah suatu hari.

Daneen tak mahu ke sekolah..

Apa yang telah terjadi?

Bosankah dia?
Ada budak kacau ke?
Cikgu marah ke?
Kenapa?

Kalau sehari dua malas... tak apalah
Kalau setiap hari begitu macamana nak buat?

Perlukah kita turutkan kehendak hatinya?

Hendaklah kita bertanya... apa masalahnya? Tetapi bukan semua boleh diluahkan... kalau Daneen lagilah susah sebab dia bukanlah petah... cakap sepatah-patah.

Yang jelas keluar dari mulut hanyalah... takut... tak nak... apalah yang ditakutnya?

Kalau anak tak dapat bercerita... kenalah bertanya pada yang tahu... kena pergi sekolah menjadi sherlock Holmes. Kena bincang dengan cikgu masalah anak kita.. minta bantuan.

Peratikan perubahan dirinya...

Dalam kes Daneen.... saya suspect cikgu menyuruh students berkuku pendek... mungkin ada yang kebetulan berkuku panjang lantas cikgu mungkin ugut nak pukul atau apa kalau tak potong.

Sebab Daneen setiap hari suruh saya potong kuku dia... jenuh saya cakap nanti luka kalau dipotong lagi sebab dah pendek... bila saya tak nak potong,  dia menangis...cakap takut kena pukul.

Berulang kali kena convincekan dia... kena hati kering suruh pergi sekolah juga walau anak menangis peluk-peluk tak lepaskan kita... kalau dia dah pergi  few times dan cikgu tak pukul...barulah dia akan rasa secure balik.

Sekarang Daneen dah ok... dah suka pergi sekolah balik...



Last week dia demam sikit.... tapi tetap nak pergi sekolah...

Walaupun begitu kita kena selidik serius mana masalah anak kita... kalau sampai boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan, menyebabkan kurang kenyakinan diri...penderaan fizikal dan emosi... mungkin perlu menukar sekolah yang sesuai dengannya. Peranan guru dalam menyediakan suasana yang sihat dan selesa untuk anak-anak... guru kena lebih bijak menyusun kata... kerana anak-anak mempercayai guru 110%...kadangkala melebihi ibu bapa sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...