Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 28 June 2012

Autism checklist

Apa itu autism? Autism dikaitkan dengan masalah perkembangan mental kanak-kanak yang membuatkan diri mereka seolah-olah berada di dunia lain.

Mari kita buat checklist...

Tanda-tanda autism

1. Gagal memberi respon bila nama dipanggil - N ( Daneen bagi respon bila panggil nama dia)

2.Tidak mahu bertentang mata - N

3. Sukar menafsir perasaan orang lain -N ( Daneen tahu je bila saya marah, tengah sedih atau happy) 

4. Kurang sensitif pada intonasi suara - N ( Daneen tahu saya bila saya marah... hehehe)

5. Kurang sensitif pada eksperasi muka - N ( Daneen tahu bila saya sedih... )

6. Suka melakukan perkara yang berulang-ulang seperti memusingkan badan - N

7. Lambat bertutur - Y ( inilah masalah utama serasa saya)

8. Membahasakan nama mereka  dan tidak menggunakan kata ganti diri i.e saya - Y ( sama je dengan anak saya yang lain?)

9. Tidak pandai berinteraksi dengan kanak-kanak lain- N ( Daneen boleh je berkawan walaupun tak bercakap)

10. Menggunakan melodi lagu ketika bercakap/bercerita - N

11. Tidak berminat berkongsi cerita - N ( Daneen becerita... saya je tak faham)

12. Kurang sensitif pada rasa sakit - N ( kalau Aiz yang lasak tu... mungkin juga)

13. Sensitif pada bunyi - N ( Daneen ok je kalau Aiz buat bising... )

14. Sensitif pada sentuhan/deria rasa - N ( Daneen sangat suka dipeluk)

15. Tidak dapat mengawal keseimbangan badan - N

16. Tingkah laku berbeza, terlalu aktif atau terlalu pasif - N

17. Sukar belajar - Y ( sekarang ni macam cepat sikit belajar...tapi cepat lupa juga)

18. Perasaan terlalu sayang pada objek - N (ipad? ... Aiz pun)

19. Mengulangi perkataan yang sama berulang kali- N ( kalau dia minta susu, saya lambat buat, mesti dia sebut berulang2 kan?)

20. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab - N

21. Mendengar tapi berkelakuan seperti orang pekak  - N 

22. Menunjuk dengan jari apa yang dikehendaki - Y ( kalau dia tak tahu nak cakap benda tu....atau cakap tapi  saya yang tak faham-faham)

23. Tidak takut/mengenali benda yang berbahaya - N

24. Mendapat gangguan ketika tidur - Y ( Daneen kalau ngigau dasyat... mama dengan papa siap kena tendang... tapi Aiz pun macam tu jugak)

25. Perlakuan yang bongkok - N

So... 5 Y out of 25.... saya tak rasa Daneen ada autism.... apa pendapat you all?



-

Monday 25 June 2012

Permasaalahan berkaitan Speech Delay

Masa nak buat 2 appointment hari tu, nurse tu keluarkan list nama patient... mata saya menjeling list tu dan nampak sebab musabab i.e nama-nama penyakit yang berkaitan dengan pekembangan kanak-kanak... antara di senaraikan autism, LD , LDL ( wallahualam ape benda... learning disability?), dyslexia and macam macam lagi.... hemmm ngeri weh... harap-harapnya Daneen tak de masalah macam tu....

Sunday 24 June 2012

Potty training /Tips ajar anak ke tandas



Saya tengah mengoogle tips mengajar anak ke tandas... kalau google dalam bahasa melayu... adalah ibu-ibu yang ikhlas memberi tunjuk ajar... rajin mereka menekan keyboard tu... I am very thankful for the tips...

Tapi kalau google bahasa omputih... Potty training... article dia biasanya ade ayat-ayat introduction yang power-power.... tapi ternyata cuma untuk menarik orang beli buku , article etc.... dasyat mat salleh nih...semua nak buat duit...

Kira melayu kita terbaikkklah bila nak kongsi ilmu....

Perihal Daneen... susahnya nak train dia... bibik cepat betul give up... biasalah budak baru belajar , tak kan nak pandai terus...hari senin lepas dah minta ajarkan... tapi bila saya balik rumah tengok Daneen pakai pampers lagi... frust betul!

Jadi saya cuba beli ini pulak hari minggu lepas...


Saya cakap kat bibik... kalau tak larat boleh pakaikan Daneen drypantz ni... tapi bibik kena ajak Daneen ke tandas..selang 2 jam macam tu.... belum apa-apa... saya tengok dia dah pakaikan Daneen Drypantz.... haiii macam tak compute je....tension mak???!!!

Tadi masa google gambar drypantz ni ada pula link untuk dapatkan samples... sape-sape nak bolehlah request kat sini http://www.drypers.com.my/Products/sample_request/ .











Sunday 17 June 2012

Drypers Wee Wee Dry



Semalam pegi shopping barang keperluan, ada promosi Drypers Wee Wee Dry ... harga RM32++. Saya tak pernah beli drypers pasal dia punye tape pakai glue... kena nak pakaikan Aiz diaper, macam nak wrestling... so kadang-kadang glue dah tak lekat kalau wrestling...


Tapi sekarang dia dah upgrade ke flexi tape.... wah suka!suka!... saya nyaris nak beli satu untuk Daneen, tapi Ayra larang...dia sekarang tengah train adik dia tak pakai diapers... sweet kan dia , tapi kalau terr... saya juga yang basuh, bibik was so against the idea to train Daneen...:-(

 Ayra cakap kat saya jangan bagi ada diapers Daneen, nanti dia minta nak pakai... saya pernah cuba nak train, tapi Daneen berkeras nak diaper. Ayra pula pandai , dia ganti diaper dengan panty... Daneen pun nak pula dengar suggestion Ayra.

Malam ahad, sempatlah dia tak pakai for about 2 hours... sedar sedar dah basah kerusi. Semalam pula dia improve sikit sebab dia berlari-lari dapatkan saya dan cakap "nak kezing" tapi saya blurrlah pulak... tengok-tengok seluar dah basah... tak sempatlah... tak pe Ayra, mama, Daneen.... fighting!fighting!

Thursday 14 June 2012

Temujanji Pertama



Hospital Primer HUKM BTS tu rupanya cuma deretan shoplots, jadi agak pening sikit bila sampai tak tahu nak ke mana pasal banyak sangat pintu, kenalah banyak bertanya... sebaik sampai terus aje register dan telefon person in charge for appointment.... barulah tahu nak kemana....

Smile Daneen....

Kali ni temujanji dengan nurse dulu, kami di bawa ke tingkat satu.... ke bilik yang macam nusery.... terus saya diberi satu borang soal selidik  untuk diisi.... sementara tu nurse bermain dan bercakap dengan Daneen untuk buat assessment....

nurse tu tanya Daneen :" kakak nama apa? ( dia bahasakan Daneen kakak)

Daneen jawab :" Aya, Kak Da" ( Ayra , Kak Dhia)

hahaha betullah tu....

Seterusnya dia suruh Danee lukis, main puzzle, teka gambar dan susun  block.... dari situ dia membuat penilaian ....



Tuesday 12 June 2012

No Telefon HUKM Bandar Tasik Selatan

Cawangan yang terdekat dengan kami adalah HUKM BTS, boleh check kat sini www.ppukm.ukm.my

No telepon HUKM BTS adalah seperti berikut 03-90573592.

Mr H dah pun pegi register, nasib baik kami dah dapatkan referral Dr dari klinik biasa, kalau tak ada, kena dapatkan dulu baru boleh register. Ada bayaran untuk register ni, RM 50 sahaja.

Sunday 10 June 2012

Masanya dah tiba...

Tak lama lagi Daneen akan masuk 4 tahun, tahun depan dah nak mula ke tadika... risau saya. Emm boleh kah dia bersekolah tahun depan, berdikari dan berada di tempat asing sendirian, dikelilingi orang-orang yang dia tidak kenali?.

Kami membuat keputusan untuk membawa Daneen ke HUKM, dan sebelum ke sana kenalah dapat referral doktor di klinik biasa dahulu...

Sebenarnya ini suarat referral ke2.... surat pertama dah basi....

Semuga dipermudahkan.....dan kami berharap ada sinar yang menanti....


Tuesday 5 June 2012

kakak ketam ajar adiknya berjalan....

Tabiat Aiz dan Daneen bila  nak naik dan turun tangga,  wajib berpimpin tangan dengan saya  .... amat melucukan tapi meletihkan juga. Kalau tertinggal salah seorang saya terpaksa berpatah balik...itu yang memenatkan, tak boleh hulur-hulur tangan je, kena step anak tangga yang sama level dengan dia.. huhuhu.

Suatu hari saya dan Daneen turun tangga terlebih dahulu meninggalkan Aiz di belakang. Lantas Aiz menjerit..."kuku(tunggu)....kuku(tunggu)...". Daneen kemudian berkata " Aisy... PU...KU". Hahaha dia membetulkan perkataan tunggu Aisy KUKU dengan PUKU.... bagusnya kakak Daneen... haiii  apa nak jadi ni...

love and hate... silih berganti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...