Merdeka Girl

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 30 May 2012

Jangan underestimate...

Kalau Daneen nak stay a baby by not talking, rasanya dia hampir berjaya melakukannya. Biasanya bila berusia 2 tahun lebih, kami bawa kakaknya yang berdua itu untuk bertindik...tapi bila Daneen dah berusia dua tahun lebih kami takut nak tindikkan telinganya... kot-kot dia mengamuk, sekali sebelah telinga je yang bersubang.. kan buruk rupanya macam gitu....

Masa balik kampung tempoh hari... kami beranikan bawa Daneen untuk bertindik.... kami tanya dia dulu... sambil tunjuk telinga kakaknya, saya kata " Daneen nak ni tak ? Cantikkk"... dia angguk.... walaupun dah dapat greenlight .... tapi tetap bimbang... anything can happen...

Tapi alhamdulillah, dia memang menangis... tapi dia biarkan telinga yang sebelah lagi ditindik.... fuhh lega..rasanya kalau banding dia dan kakak-kakaknya dalam bab bertindik ni... dia yang paling senang, nangis pun sekejap je.

bayangkan kalau sebelah je.... haru....




Monday 28 May 2012

Pelat tahap gaban



Sebetulnya Daneen sekarang dah boleh cakap sikit sikit... cuma cakapnya macam bahasa lain.... pelat yang amat... jadi dia lebih senang kalau tak bercakap... kalau nak apa-apa... jerit je... hehehe

Dulu saya langsung tak faham apa yang dia bebelkan.... tapi sekarang saya cuba amati apa yang hendak dikatakan. Biasanya saya dapat tangkap bila dia tunjukkan benda tersebut ataupun perlakuannya... bayangkan.. abangnya nama Akeef.... dia panggil Atashashi,  kalau tunggu jadi puku, kalau panas jadi amas...

Pokoyo and the geng have their own way of communication....

Jadi kalau dia cakap " Abang Akeef tunggu Daneen, susu ni panas" so  bunyi macam ni " Atashashi puku anim, cucu amas".... hehehe memanglah kalau orang lain dengar tak paham kan...

Sunday 27 May 2012

Bersabar dan bersabar

Apabila tidak dapat menyuarakan apa yang dikehendaki.... sebab tak dapat bercakap.... Daneen akan menangis dan mengamuk.... orang sekelilingnyalah yang perlu banyak bersabar...

Janganlah nangisss.. nanti mama pulak yang nangis...
Masa dia baby... dia selalu terbangun sebab nak susu... Abang dan kakaknya masa baby cuma bangun bila dah nak subuh... dia pulak bangun sampai 3 kali satu malam... memang saya tak biasa sampai selalu rasa tak cukup tidur dan pening waktu pagi. Kadang-kadang dia bangun dan nangis tanpa sebab... saya pun tak tahu nak buat apa... dipujuk pun tak jalan.... biasanya kami akan basuh muka dia dan baca ayat kursi ke apa....

Dulu dia cuma boleh cakap " nak".... tapi nak apa pun tak tahu... nangis lagi....
Sekarang dah improve sikit, dia dah boleh cakap " mama, nak satu".... tapi nak satu ape ye?... pun tak tahu... nangis juga... alahai Daneen...

Friday 25 May 2012

Mari bermain

Selepas perasan yang Daneen lambat bercakap, saya beritahu kepada Akeef, Dhia dan Ayra masalah adiknya. Saya minta mereka tolong saya ajar Daneen beercakap. Bagaimana? kata saya, ajaklah Daneen bermain sama dan bercakaplah dengan dia walaupun dia tidak membalas percakapan kita.

Saya perhatikan abang dan kakaknya lebih kerap berbual dan mengajak Daneen bermain . Daneen nampak seronok dan berusaha untuk berinteraksi dengan abang dan kakaknya. Bila kakaknya mengajar perkataan , dia lebih senang mengikut.

Saya ajar juga Daneen tentang anggota badan , memang dia tak boleh tangkap kesemuanya, yang pertama dia belajar adalah gigi,  agaknya saya kerap menyebut semasa menyuruh dia gosok gigi. lepas tu dia boleh cakap pipi, kemudian hidung. Saya mengajar sambil bermain geletek-geletek dia. Tubuh dia yang gebu dan pipi dia yang bulat tu memang sedap di pegang-pegang. Sekarang lebih banyak anggota badan yang dia tahu sebut.

Wednesday 23 May 2012

Mari membaca



Saya take for granted yang Daneen tidak perlu buku sebab ada banyak buku kakak dan abangnya yang saya beli dulu-dulu. Memang boleh pakai buku-buku itu, tapi bila kita belikan dia buku yang memang khas untuk dia, dia rasa seronok  dan juga rasa buku tu dia punya... jadi ada lebih berminat. Bila saya belikan buku untuk dia, saya pastikan buku atau majalah tersebut ada character cartoon yang dia suka untuk menarik dia membelek belek buku tersebut... tentunya dia tak pandai membaca jadi gambar memainkan peranan penting.

Selalunya saya ringkaskan cerita supaya dia faham dan buat bunyi bunyian supaya cerita tu interesting.... Daneen suka saya meniru bunyi binatang dan suprise juga dia boleh meniru bunyi tersebut dan mengulang bunyi tersebut bila saya menunjukkan gambar binatang- binatang , maknanya dia tahu binatang mana mengeluarkan bunyi apa cuma dia tak nak cakap nama binatang tersebut.... paling cute bila dia meniru bunyi elephant... saya pun tak pandai nak buat bunyi elephant macam dia...



Mari menyanyi

Saya perasan yang saya kurang berinteraksi dengan Daneen... entahlah mungkin sebab dia senyap saya pun senyap juga.... mungkin kalau dia dengan Tok Ma, dia dah pandai bercakap... saya pun heran macam mana Tok Ma boleh layan budak-budak kecik bercakap dan bermain... itu dia punya natural talent.

Kalau dah tak pandai berbual... mungkin boleh menyanyi walaupun pitching sah sah akan lari. Jadi saya mula menyanyi dengan Daneen bila melakukan routine harian, contohnya masa mandi... saya nyanyi dengan lirik yang saya reka sendiri... tak kisah kalau nada dia tak sedap langsung.... hahaha

Mula -mula Daneen agak terkejut... fikirnya mungkin mama dah buang tabiat... tapi lama-lama dia ikut juga saya nyanyi.... dan akhirnya dia dapat dua perkataan .... mandi dan sabun....

Mari berbual

Mama saya cakap kita kena selalu berbual dengan budak yang lambat bercakap macam Daneen.... jadi saya pun cuba... mulanya memang rasa macam orang bodoh sebab bercakap sorang-sorang.... Daneen memerhati tetapi kurang reaksi...

Selepas cuba bertanya padanya dua tiga soalan , tapi dia tidak menjawab rasa macam nak putus harap juga....
biasanya bila balik kerja saya bertanya Daneen....

Daneen dah mandi?..... senyap

Daneen dah makan?.... senyap

Daneen sayang mama tak?.... senyap

Lama-lama saya pun senyap juga....

Selalunya itu ajelah saya bertanya padanya kerana takut soalan lain terlalu complicated untuk dia....atau juga saya ketandusan idea...jadi saya asyik betanya benda yang sama sahaja.

Bila satu hari dia tiba-tiba mejawab...... ayaangg mama.

Rasa seperti tidak percaya, adakah saya salah dengar....

Jadi tidaklah sia-sia.... siri bertanya secara siaran ulangan  saya itu.

She wants to stay a baby?

Orang cakap kalau jarak dapat adik tu dekat, ada kemungkinan juga berlaku lambat bercakap dekat anak yang atas ...kononnya bila tak bercakap kakak atau abang kekal menjadi baby.Adakah itu yang berlaku dekat Daneen? Sebenarnya kalau itu masalahnya .... maknanya Daneen cuma merajuk dapat adik, jadi tak lah risau sangat...tapi takut juga sebab musabab yang lain macam autism ker... masalah kesihatan lain ker....

Sampai bila pun tak akan pasti selagi tak buat pemeriksaan doktor. Kenapa tak pegi buat kalau dah risau sangat. Sebenarnya mungkin saya dalam  denial period, tidak boleh terima kenyataan anak ada masalah.

Agaknya saya selalu dok cakap risau tapi tak buat apa-apa sampai kawan tempat mengadu pun tak tahu nak nasihat apa. Tapi katanya bagi peluanglah kat Daneen dan bagi peluang untuk saya rileks sikit, tunggu sampai Daneen cukup 3 tahun betul betul then buat keputusan jumpa doctor atau tidak.

Ok juga saya fikir... tapi saya janji tak akan tunggu aje, mesti buat sesuatu...

My Girl

Daneen was born on 31st August 2008... yes she is a 'Merdeka baby'. Perkembangannya semua normal... malah agak cepat juga... dia meniarap semasa 3 bulan lebih, merangkak  7 bulan, berdiri dan bertatih semasa 10 bulan... tumbuh gigi semasa 5 bulan!.Saya sebenarnya tidak begitu ingat tapi saya rasa dia mula belajar bercakap dan mengeluarkan bunyi mengikut waktu perkembangan yang sepatutnya... ya dia boleh panggil mama dan papa seusia setahun lagi.... tetapi selepas itu saya sibuk memikirkan tentang diri saya yang sudah mengandung semula semasa Daneen berumur 7 bulan .... saya sebenarnya bimbang kesihatan saya dan baby baru dalam perut kerana Daneen dilahirkan secara cesarean.... kuatkah rahim saya?... selepas itu bila Aiz lahir saya sibuk pula melayan baby baru.... saya tidak perasan yang Daneen seusia 2 tahun masih cuma mampu memanggil mama dan papa. Saya pernah dengar dia panggil 'bibik' semasa bibik Sukini mula bekerja dengan kami... waktu itu saya masih mengandung... tetapi selepas Aiz dilahirkan .... saya tidak dengar lagi nama bibik dipanggil.....

Apabila Aiz mula belajar bercakap... saya pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Daneen kerana pekembangan percakapannya seolah-olah sama level dengan Aiz... saya mula risau dan bimbang. Saya cuba surf internet.... banyak juga yang membantu. Katanya dalam 5 orang, seorang akan ada masalah lambat bercakap.... macam logik juga b'coz I have 5 kids.... ( lawak sedih...)




Kalau begitu pasti ramai juga yang mengalami masalah yang sama, jadi saya terfikir untuk mulakan blog ini, menceritakan pengalaman dan apa- apa yang boleh dikongsi, saya berharap ianya bukan sekadar diary tapi boleh membantu orang-orang lain yang senasib...saya juga berterima kasih sekiranya ada yang ingin memberi comment yang baik untuk saya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...